SIMPTOM SEWAKTU HAMIL

0 Comments
Salam semua dan salam pagi ahad..semalam saya mendapat sms "Nad,kenal tak sape-sape yang boleh mengurut?,sejak aku mengandung ni,asik2 lenguh kaki dan tangan.."..begitulah bunyi sms nya..erm..adakah semua wanita hamil mengalami masalah tersebut???Jawapannya Ya..90% daripada wanita hamil mengalami simptom-simptom kehamilan yang sangat menguji kesabaran.

a) SAKIT TANGAN
 Di trimester ketiga, air yang bertakung akan memberi kesan kepada otot saraf daripada bahagian lengan hadapan sehingga ke tangan. Masalah ini dikenali sebagai carpal tunnel syndrome. Anda mungkin rasa seperti dicucuk, kebas, atau lemah tangan. Ia tidak serius dan akan hilang selepas kelahiran.

b)SAKIT ABDOMEN
Mungkin disebabkan angin atau ligamen meregang. Kesakitan teruk di awal kehamilan menunjukkan kehamilan luar rahim, manakala jika kesakitan dirasai seperti senggugut ia petanda keguguran sekiranya diiringi pendarahan. Jika kesakitan berlaku selepas minggu ke-37, mungkin petanda bayi akan dilahirkan.

c) SAKIT DI PERUT
Penyebabnya mungkin kesan regangan ligamen yang menyokong rahim. Kesakitan ligamen biasanya berupa kekejangan yang kuat di bahagian kanan dan kiri perut. Jika ia teruk,berjumpalah doktor untuk mengatahui sama ada ia UTI (masalah kencing kotor) atau kehamilan luar rahim.

d)PERUT GATAL
Perut yang gatal adalah normal kerana kulit anda meregang.Jika anda kerap gatal sehinggan memberi kesan kepada kaki dan tangan, ia mungkin obstetric cholestasis (ibu jaundis).

e) BAYI TIDAK BERGERAK
Anda hanya akan merasa pergerakan bayi seawal minggu ke 20.Jika anda perasan pengurangan pergerakan bayi secara tiba-tiba,segera dapatkan nasihat doktor.

f) SAKIT KETIKA BERJALAN
Ini mungkin disebabkan kesakitan ligamen. Jika ia semakin teruk ketika menaiki tangga, ia mungkin disebabkan oleh sendi pubik yang melebar di hadapan pelvis

g) KONTRAKSI
Ia mungkin braxton hicks.Anda mungkin mengalaminya seawak minggu ke 28. Jika bayi kedua dan seterusnya, braxton hicks akan dirasai lebih awal daripada tempoh ini.

h) SUKAR BERNAFAS
Keperluan oksigen meningkat ketika hamil. Hormon kehamilan pula menyebabkan anda sukar bernafas apabila kurang menyedut udara segar.

i)SAKIT BELAKANG
Sakit di bahagian bawah belakang adalah biasa kerana postur terbeban dengan peningkatan berat badan.

j)SAKIT KAKI
Kekejangan kaki adalah biasa di waktu malam.Pakailah sarung kaki yang tebal dan lakukan senaman regangan di kedua-dua belah kaki anda sebelum tidur


Adakah anda mengalami simptom-simptom ni atas??? Jika ada customer saya yang mengandu mengalami masalah di atas..saya akan mencadangkan mereka mengambil SET IBU HAMIL SHAKLEE..set ini sangat-sangat membantu bagi mereka yang sedang hamil..tambah-tambah lagi yang bekerja..klik di sini untuk baca kisah saya semasa hamil dengan menggunakan set ini..

untuk konsultasi mengenai kehamilan dan penyusuan susu ibu silalah hubungi saya

NAD
019-2639545



You may also like

No comments: