15 MAKANAN BERKHASIAT UNTUK WANITA HAMIL

0 Comments

PIlihan makanan yang mengandungi nutrien penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan.Berikut saya senaraikan makanan yang perlu menjadi pilihan ibu hamil:



a) BROKOLI
-Bukan sahaja mengandungi kalsium dan asid folik malah banyak khasiat vitamin C dimana vitamin C membantu penyerapan zat besi yang terdapat dalam makanan lain.

b)BIJIRIN SARAPAN
-Ia adalah makanan yang kaya asid folik dan sangat digalakkan makan pada beberapa minggu pertama kehamilan

c)KEKACANG KERING
-Kekacang merupakan sumber protein yang baik. Semua wanita hamil memerlukan 10g protein tambahan sehari ketika hamil. Makanan ini diperkaya dengan serat yang boleh membantu anda melawaskan sembelit.

d)SUSU TANPA LEMAK
-Tubuh anda menyerap secara kasarnya dua kali lebih banyak kalsium daripada makanan anda ketika anda hamil, jadi keperluan harian anda masih sama.

e)DAGING PEJAL
-Daging membekalkan zat besi yang mudah diserap oleh tubuh. Anda memerlukan keperluan zat besi dua kali ganda daripada biasa ketika anda hamil.

f)KEJU
- Keju boleh memenuhi keperluan kalsium tubuh anda. Setiap auns keju mengandungi di antara 150 dan 200mg kalsium.

g)TELUR
-Ramai yang enggan mengambil daging. Walau bagaimanapun, ia boleh diganti dengan telur dimana telur juga merupakan sumber protein.

h)SAYUR-SAYURAN
-Banyakkan memakan sayur bayam kerana bayam kaya dengan asid folik dan zat besi

i)OREN
-Ia mengandungi Vitamin C, asid folik dan serat. Oren juga hampir mengandungi 90% air. Ia membantu memenuhi keperluan bendalir dalam badan anda.

j)KEKACANG DAN MENTEGA
-Makanan ini mengandungi lemak. Kawal pengambilannya tetapi ia juga membantu anda mengekalkan rasa kenyang untuk tempoh yang lama

k)MAKANAN SOYA
-Makanan yang kaya dengan protein dan sila pastikan anda mengambil makanan seperti tofu kerana ia mengandungi 10g khasiat

l)BUAHAN KERING
-Pilihlah yang berkhasiat seperti aprikot, buah ceri dan kranberi.







You may also like

No comments: