SUPLIMEN DALAM PENYUSUAN SUSU IBU

0 Comments
Seandainya anda mengambil suplimen bagi penyusuan, anda hendaklah faham bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk memperbanyakkan susu ibu. Vitamin diambil bagi memastikan tubuh ibu menyusu sentiasa sihat, bertenaga, cergas dan bersemangat. Secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.

Kejayaan penyusuan bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlu difahami terlebih dahulu iaitu:

LEBIH KERAP SI MANJA DISUSUKAN, atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN SUSU, maka LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.


Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang ketara dalam dunia penyusuan sekiranya anda memenuhi keperluan di bawah dengan penuh disiplin dan konsisten.

a) Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu bekerja, sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong

b) Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3 liter sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan susu ibu

c) Si ibu digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan sahaja semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa iaitu ketenangan jiwa.

Untuk konsultasi mengenai kehamilan, penyusuan dan kecantikan hubungi

NAD
914093
019-2639545


You may also like

No comments: