KENALI BATUK ANAK ANDA

0 Comments

Ia bukanlah suatu perkara pelik jika anak-anak kerap batuk terutamanya pada bulan-bulan yang lebih sejuk. Batuk adalah satu fungsi tubuh yang sangat semulajadi yang mana ia dijadikan untuk membantu saluran udara agar sentiasa bersih dan tidak tersekat. Tetapi dari semasa ke semasa batuk boleh menjadi lebih teruk dan mengundang penyakit merbahaya. Berikut adalah jenis-jenis batuk yang mungkin anak anda hadapi


  • BATUK BIASA

Anak anda mengalami batuk dan selsema pada masa yang sama dan jika batuk bertambah teruk dan diikuti dengan mukus dan kahak(lendir berwarna hijau atau coklat), anak anda mungkin mempunyai jangkitan dada dan memerlukan rawatan.


  • KRUP

Pada tahap ia mula menjadi teruk,krup akan berlaku pada waktu malam. Anak anda mungkin tidur dengan demam, hidung berair dan batuk dengan bunyi biasa dan kemudian terbangun dari tidur pada waktu-waktu tertentu dan mengalami kesukaran bernafas serta batuk seperti menyalak


  • ASMA

Biasanya dijangkiti oleh kanak-kanak dewasa. Akibatnya,kanak-kanak yang menghidap asma mendapati diri mereka amat sukar bernafas, mula batuk dan selalunya berdehit kerana sukar bernafas. Mengikut pakar, batuk yang mempunyai kaitan dengan asma biasanya berlaku pada waktu malam, awal pagi atau selepas latihan fizikal.


  • BATUK KOKOL

Juga dikenali sebagai pertussis dan ia boleh menjadi satu keadaan yang serius pada kanak-kanak. Ia adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Bordetella Pertussis yang dikatakan hidup pada bayi dengan kadar purata seorang bayi bagi setiap 200 bayi yang menghidapinya.Simptom-simptomnya ialah demam, hidung berair dan batuk. Ia berlaku dalam jangka waktu dimana kanak-kanak tersebut batuk dan hampir tidak boleh bernafas yang mana pada satu tahap tubuh menarik nafas dengan bunyi 'kokol'. Kebiasaanya ,setelah kanak-kanak batuk ia akan muntah. Komplikasinya menyebabkan sawan, koma, kerosakan otak kekal, keradangan otak dan kematian

Jadi..kita sebagai ibu bapa mestilah mengetahui apakah batuk yang normal dan tidak normal apabila anak anda mula batuk.Untuk konsultasi mengenai kehamilan, penyusuan susu ibu dan kecantikan boleh hubungi saya

NAD
call/sms/whatsapp 019-2639545
prop2102@gmail.com


You may also like

No comments: