TIPS MUDAH BANYAKKAN SUSU IBU

0 Comments
Salam semua dan selamat pagi..hari ini saya akan berkongsi rahsia bagaimana untuk menambahkan susu ibu dengan cara mudah. Jom kita ambil tips daripada 4 orang ibu ini.


IBU A

Saya akan pastikan minum air yang secukupnya, makan makanan yang berkhasiat bagi menampung keperluan badan dan mengikut jadual mengepam payu dara. Selain itu, sesi mengepam di pejabat biasanya dilakukan dua kali iaitu waktu tengah hari dan petang sebelum pulang bekerja. Sebaik tiba di rumah, saya akan pam sekali lagi. Saya gemar mengamalkan teknik mengepam menggunakan pam berganda bagi merangsang pengaliran susu yang lebih lancar.




IBU B

Setiap kali selepas menyusukan anak, saya akan minum air untuk mengekalkan bendalir dalam badan biarpun di waktu malam. Saya turut mengambil suplimen seperti alfalfa, kalsium dan lecithin seperti yang disyorkan kaunselor laktasi. Selain itu, saya juga mengamalkan makan pucuk betik rebus. Hasilnya, ia membantu menguraikan susu yang tersumbat dan melancarkan pengaliran susu. Sekali seminggu saya akan cuci puting menggunakan berus gigi supaya liang susu tidak tersumbat.



IBU C

Sememangnya saya menjaga soal pemakanan agar dapat menyusukan bayi selama yang mungkin. Untuk itu, saya sentiasa mengambil makanan yang dapat membantu memperbanyakkan susu badan. Selain itu, saya mengamalkan makanan yang boleh menambahkan susu seperti sup lobak putih, sawi, halba, keju dan minuman susu bermalta. Untuk sarapan pagi, saya akan mengambil makanan berasakan oat. Minuman susu bermalta merupakan minuman wajib ketika makan tengah hari di samping nasi berlaukkan sayuran hijau atau ulam ulaman seperti jantung pisang atau pucuk betik.




IBU D

Saya percaya bahawa saya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk dengan sentiasa bertenang sewaktu menyusukan mahupun mengepam. Kadang kala saya memasang muzik yang digemari untuk menghasilkan situasi selesa sambil memandang gambar anak semasa mengepam. Saya turut pastikan keadaan sekeliling sewaktu mengepam dan menyusukan bayi berada dalam keadaan selesa, sunyi dan biasa bagi kami berdua.


Ok ibu-ibu semua..dan baca tips dari keempat-empat ibu di atas?Di sini saya akan simpulkan tips untuk membanyakkan susu daripada mereka iatu:

a) sentiasa mengikut jadual mengepam dan pastikan jangan skip jadual tersebut.

b) Pastikan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari dan sebaiknya minum air suam.

c) Pemakanan seharian mesti dijaga rapi

d) Sentiasa bertenang semasa menyusukan bayi.

Semoga tips yang saya kongsikan ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana bagi meningkatkan kuantiti susu badan dan seterusnya dapat menyimpan stok ebm di rumah.
Jika anda memerlukan konsultasi mengenai penyusuan, boleh hubungi saya di 019-2639545.


You may also like

No comments: