PANTANG LARANG KETIKA HAMIL, FAKTA ATAU AUTA?

0 Comments

Alhamdulillah.. hari ini saya diizinkan untuk berkongsi sedikit informasi sedikit informasi mengenai kehamilan. Isu yang ingin saya kupaskan di sini ialah mengenai pantang larang ketika hamil..adakah ia benar atau sekadar rekaan semata-mata. Isu timbul berikutan terdapat ramai kawan-kawan saya yang terlalu mempercayai pantang-larang orang tua-tua.Memang saya tidak nafikan pantang larang ini ada juga manfaatnya tetapi ada juga sebaliknya.
Antara yang biasa didengari ialah wanita hamil dilarang memukul binatang, suami tidak boleh pergi berburu kerana dikhuatiri anak akan menjadi cacat. Wanita hamil juga dilarang meminum air tebu kerana dikhuatiri menyebabkan keguguran. Adakah pantang larang ini memberi kesan kepada kandungan?

Menurut pakar perubatan, tiada istilah pantang larang bagi ibu hamil dari sudut kesihatan. Namun perbuatan seperti tidak boleh memukul binatang atau memburu adalah sesuatu perkara yang tidak salah untuk diikuti. Sebenarnya dari segi makanan, ibu hamil bebas untuk mengambil apa sahaja jenis makanan asalkan ia makanan berkhasiat dan dalam kadar berpatutan.

Pantang larang yang wujud di kalangan masyarakat melayu ini adalah berdasarkan pengamatan, melalui kata-kata orang dan tidak mempunyai bukti kajian. Tetapi terdapat juga pantang larang yang tidak salah untuk diikuti seperti ibu hamil dilarang memakai kasut tumit tinggi kerana bimbang menyebabkan keguguran.Namun, dari segi kesihatan, tiada fakta sebegini tetapi penakaian kasut tinggi menjadi penyebab kepada sakit belakang.

Oleh itu, kepada ibu-ibu hamil sekalian, pantang larang ini tidak salah untuk diikuti selagi ia tidak menjejaskan kesihatan kita dan kandungan....


You may also like

No comments: