MAKANAN AGAR KULIT MULUS

0 Comments

Salam semua..hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai makanan yang boleh membuatkan kulit kita menjadi halus dan gebu...

Berikut ialah lima makanan yang dapat membantu anda mendapatkan kulit sihat dan mulus:

1) SALAD

    Enam helai daun salad mengandungi 100% keperluan Vitamin A harian anda. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara pergantian sel.



2) TOMATO

     Kajian menunjukkan mereka yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan mempunyai perlindungan 25% lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, tomato juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak KOLAGEN untuk mencegah kulit daripada kendur.



3) STRAWBERRY

    Secawan strawberry menyediakan 130% VITAMIN C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat KOLAGEN. Semakin banyak VITAMIN C  semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit.




4)  EPAL

     Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar-UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.



5) SOYA

    Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila wanita itu berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, anda digalakkan makan makanan yang kaya dengan isoflavon soya seperti tempe.



jadi..pastikan anda makan semua makanan di atas bagi memastikan kulit kita kekal cantik dan sihat...
   



You may also like

No comments: