6 MAKANAN GANTI NASI

0 Comments

Apabila bangun dari tidur setiap pagi, kita bertuah kerana masih dapat merasakan jantung berdegup dan otak berfungsi dengan baik dan kita masih berkemampuan untuk mencapai apa jua yang diingini pada bila-bila masa. Adakah kita sedar bahawa semua perkara kecil ini memerlukan tenaga untuk melakukannya?

Anda mungkin terkejut jila mengetahui betapa fungsi tubuh sangat bergantung kepada karbohidrat. Ini kerana,sel otak kita bergantung sepenuhnya kepada karbohidrat sebagai sumber tenaga. Jadi,dari manakah sumber karbohidrat anda?Adakah NASI??

Tahukah anda nasi adalah karbohidrat sederhana di mana karbohidrat ini mengambil masa yang lebih singkat untuk terurai dan ini menyebabkan anda menjadi mudah lapar dan ingin mengunyah lagi. Berbanding dengan karbohidrat kompleks iaitu ia mengambil masa yang lebih lama untuk terurai dan menyebabkan tenaga dilepaskan secara berkala. Inilah punca anda menjadi kenyang lebih lama, tidak mudah mengantuk dan dapat  mengelak mengunyah sepanjang masa. Jom kita lihat apakah sumber karbohidrat kompleks yang dapat membantu anda untuk sesi pengurusan berat badan

Makanan pengganti nasi:

a) PASTA


b)UBI


c) JAGUNG


d) SAGU

e) KENTANG


f) OAT


Seorang dewasa memerlukan 2000 kcal kalori bersamaan 1000 gm karbohidrat setiap hari.Di bawah adalah jadual jumlah karbohidrat yang perlu anda tahu.


 MAKANAN
 KALORI(kcal)
 KARBOHIDRAT(gm)
 PROTEIN (gm)
 Jagung segar
 140
 33.1
 4.7
 Ubi kayu
 146
 34.7
 1.2
 Oat
 390
 68.2
 14.2
 Kentang
 83
 19.1
 2
 Makaroni
 363
 78.7
 8.7
 Spageti
 370
 75
 11.1



Kalori untuk lelaki dan wanita sehari:

LELAKI : 2000-2500 kcal

WANITA : 1600-2000 kcal


You may also like

No comments: